Friday, December 7, 2018

Jalan-jalan Perth Australia Day 2

21 Nov 2018 (Rabu)

Masing-masing bangun pagi, Kak Roz masak nasi goreng, beras dan roti travel agen dah bagi malam tadi, so tak ada masalah kita pagi ni nak isi perut.  Dalam rumah pun semua lengkap kopi, susu, gula garam semua ada,   Pendek kata macam rumah sendiri.

Pukul 10.00 Daus (pemandu pelancong dan driver kami) datang jemput kami, "nak kemana kita hari ni" tanya kami.  "Hari pertama ni kita ronda-ronda bandar Perth dulu", katanya.  Jadi biarla gambar berbicara.  Pagi ni kami di Elizabeth Quay di tengah bandar Perth.



Bell Tower - Elizabeth Quay

Elizabeth Quay

Elizabeth Quay

Elizabeth Quay

Selepas Elizabeth Quay kami melawat bangunan lama dan kedai-kedai di bandar Perth kalau nak shopping tu bolehlah. 
Tengah bandar perth 
Dekat sini sempatlah Nor pi shopping Pandora, dia kata kat sana murah, yang lain tu pi beli SIM kad AUD10.00 untuk lima hari.  Aku sempatla pi beli diary untuk 3 orang anak dara dekat kedai kegilaan remaja Kikki-K dan sempat beli berus untuk bercukur si husband yang dibuat daripada bulu memerang.

di sini banyak kraftangan tapi mahal

Bila dah makan kenyang kami ke Bayswater untuk shopping tapi tak beli apa sangat sebab barangnya sama jer macam kat sini dan harga pun lebih kurang.  Kat sini kami solat dan yang bagusnya surau disediakan di dalam information centre sangat bersih dan selesa,siap ada telekung lagi.

Kat sini kami gila shopping perfume sampai tak sempat nak ambil gambar nama kedai tu kedai apa.  Semangat betul shopping sebab perfume nya separuh harga dari Malaysia, aku tak jaminla ori atau tidak tapi takkan lah Australia nak jual barang tak ori, mesti dah ramai orang komplen, so far aku pakai ok jer, bau tahan sampai ke petang.

Kami makan di kedai orang melayu so tak ada masalah halal or haram.  Juga tak sempat nak ambil gambar dan nama kedai sebab dah lapar.

Sebelah petang kami ke Blue Boat House, aku ingatkan banyak rumahnya so senang nak bergambar, rupanya satu rumah jer pun dan beratur nak bergambar. Maklumlah mercu tanda, kalau tak bergambar kat sini tak ada bukti la yang kita ke Perth.  Angin sangat sejuk dan pemandangan yang sangat cantik.


Blue boat house - terpaksa beratur untuk bergambar, klu dah datang perth tak bergambar kat sini tak sahhh


King's park - pemandangan yang sangat cantik

King's Park - belakang kami tu bukan bunga betul, itu bunga dikait menggunakan benang
King's Park

Habis satu hari penuh untuk hari ni. Balik rumah makan n tidur, ooya sebelum tidur aku urut kaki.

No comments:

Post a Comment