Friday, December 7, 2018

Jalan-jalan Perth Australia Day 2

21 Nov 2018 (Rabu)

Masing-masing bangun pagi, Kak Roz masak nasi goreng, beras dan roti travel agen dah bagi malam tadi, so tak ada masalah kita pagi ni nak isi perut.  Dalam rumah pun semua lengkap kopi, susu, gula garam semua ada,   Pendek kata macam rumah sendiri.

Pukul 10.00 Daus (pemandu pelancong dan driver kami) datang jemput kami, "nak kemana kita hari ni" tanya kami.  "Hari pertama ni kita ronda-ronda bandar Perth dulu", katanya.  Jadi biarla gambar berbicara.  Pagi ni kami di Elizabeth Quay di tengah bandar Perth.



Bell Tower - Elizabeth Quay

Elizabeth Quay

Elizabeth Quay

Elizabeth Quay

Selepas Elizabeth Quay kami melawat bangunan lama dan kedai-kedai di bandar Perth kalau nak shopping tu bolehlah. 
Tengah bandar perth 
Dekat sini sempatlah Nor pi shopping Pandora, dia kata kat sana murah, yang lain tu pi beli SIM kad AUD10.00 untuk lima hari.  Aku sempatla pi beli diary untuk 3 orang anak dara dekat kedai kegilaan remaja Kikki-K dan sempat beli berus untuk bercukur si husband yang dibuat daripada bulu memerang.

di sini banyak kraftangan tapi mahal

Bila dah makan kenyang kami ke Bayswater untuk shopping tapi tak beli apa sangat sebab barangnya sama jer macam kat sini dan harga pun lebih kurang.  Kat sini kami solat dan yang bagusnya surau disediakan di dalam information centre sangat bersih dan selesa,siap ada telekung lagi.

Kat sini kami gila shopping perfume sampai tak sempat nak ambil gambar nama kedai tu kedai apa.  Semangat betul shopping sebab perfume nya separuh harga dari Malaysia, aku tak jaminla ori atau tidak tapi takkan lah Australia nak jual barang tak ori, mesti dah ramai orang komplen, so far aku pakai ok jer, bau tahan sampai ke petang.

Kami makan di kedai orang melayu so tak ada masalah halal or haram.  Juga tak sempat nak ambil gambar dan nama kedai sebab dah lapar.

Sebelah petang kami ke Blue Boat House, aku ingatkan banyak rumahnya so senang nak bergambar, rupanya satu rumah jer pun dan beratur nak bergambar. Maklumlah mercu tanda, kalau tak bergambar kat sini tak ada bukti la yang kita ke Perth.  Angin sangat sejuk dan pemandangan yang sangat cantik.


Blue boat house - terpaksa beratur untuk bergambar, klu dah datang perth tak bergambar kat sini tak sahhh


King's park - pemandangan yang sangat cantik

King's Park - belakang kami tu bukan bunga betul, itu bunga dikait menggunakan benang
King's Park

Habis satu hari penuh untuk hari ni. Balik rumah makan n tidur, ooya sebelum tidur aku urut kaki.

Jalan-jalan Perth Australia Day 1

20 Nov 2018 - Menggunakan perkhidmatan Malaysia Airline Berhad, bertolak dari KLIA ke Perth pukul 7.30 malam. Bilangan rombongan 9 orang.  Aku and husband satu beg sorang satu kecil dan satu besar yg kecil tu aku punya.  Yang besar tu kosong - kononnya nak isi barang lain nanti.   Travel agen lupa apa nama sebab kawan yang arrangekan, tapi orang Malaysia kahwin dengan orang sana dan menetap di sana .  Menjalankan aktiviti travel ni untuk orang Malaysia dan mempunyai pekerja pun melayu.  Dengar cerita kastam di Australia sangat strict so kami tak bawa makanan cuma ada sorang tu bawak maggie satu beg tapi dia dah declare siap siap.
sebelum bertolak di KLIA muka gembira

Dalam flight selepas makan jer apa lagi semua pakat berdengkur .. huhu kekenyangan.  Kena ingat ya semua makanan yg dihidangkan di dalam flight tak boleh dibawa turun ya nanti kastam rampas atau denda so makan jerla sampai habis hahaha.

Landing time.... lepas imigresen huuu lega dan gembira tak banyak soal jawab sekejap jer, so apa lagi bergambarla kat sini.


Lepas bergambar kita pi ambil beg, ingat settle tapi beratur panjang untuk pemeriksaan kastam, kat sini lah yang terasa lama sebab kastas periksa sungguh sungguh barang yang kita bawa.  Rokok yang boleh bawa maksimum dua kotak jer ya jangan lebih lebih nanti kena rampas.  Ada satu family tu aku ingat dia orang ni berniaga di Austaralia ni bawa poslitrin putih tu penuh dengan ikan, kastam cek sekor sekor tu.. tapi lepas lah.  Antara barang yang tak boleh bawa masuk adalah barang tenusu dan daging.  So tak payahla nak berangan nak bawak rendang ayam ke serunding daging ke.  

ni lepas pemeriksaan kastam - lega
2.30 pagi - Selesai kastam kita tunggu kereta dari travel agen.  Sejuk dan sunyi.  Sampai ke homestay 4 bilik dan 2 bili air pukul 3.00 pagi. Masing-masing bergegas nak solat jamak qasar isyak dan magrib sebab subuh masuk pukul 3.30 pagi.  Selepas solah masing masing tidur besok nak gerak pukul 10.00 pagi.

Jalan-jalan Perth Australia Day 2