sebelum bertolak di KLIA muka gembira |
Dalam flight selepas makan jer apa lagi semua pakat berdengkur .. huhu kekenyangan. Kena ingat ya semua makanan yg dihidangkan di dalam flight tak boleh dibawa turun ya nanti kastam rampas atau denda so makan jerla sampai habis hahaha.
Landing time.... lepas imigresen huuu lega dan gembira tak banyak soal jawab sekejap jer, so apa lagi bergambarla kat sini.
Lepas bergambar kita pi ambil beg, ingat settle tapi beratur panjang untuk pemeriksaan kastam, kat sini lah yang terasa lama sebab kastas periksa sungguh sungguh barang yang kita bawa. Rokok yang boleh bawa maksimum dua kotak jer ya jangan lebih lebih nanti kena rampas. Ada satu family tu aku ingat dia orang ni berniaga di Austaralia ni bawa poslitrin putih tu penuh dengan ikan, kastam cek sekor sekor tu.. tapi lepas lah. Antara barang yang tak boleh bawa masuk adalah barang tenusu dan daging. So tak payahla nak berangan nak bawak rendang ayam ke serunding daging ke.
ni lepas pemeriksaan kastam - lega |
2.30 pagi - Selesai kastam kita tunggu kereta dari travel agen. Sejuk dan sunyi. Sampai ke homestay 4 bilik dan 2 bili air pukul 3.00 pagi. Masing-masing bergegas nak solat jamak qasar isyak dan magrib sebab subuh masuk pukul 3.30 pagi. Selepas solah masing masing tidur besok nak gerak pukul 10.00 pagi.
Jalan-jalan Perth Australia Day 2
No comments:
Post a Comment